Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

100 Juta Pokok Untuk...

BALING : Sejumlah 100 juta pokok perlu ditanam semula di seluruh kawasan kompleks...

Negara Rosak Sejak Mahathir,...

PETALING JAYA - Seorang bekas ahli Parlimen mempersoalkan keadilan menyalahkan 60 tahun pemerintahan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Cuaca baik sejak semalam hampir di seluruh bahagian di Sarawak menjadikan...

Rakyat AS Sendiri Tidak...

CHICAGO : Mahnoor Ahmad, iaitu calon Kongres Amerika Syarikat (AS) beragama Islam menegaskan...

Warga Emas Dicadang Dihantar Ke Rumah Ehsan

KUANTAN – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan mencadangkan warga emas yang ditemui dikurung di rumahnya di Taman Inderapura, semalam, diletakkan di Rumah Ehsan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata PKMD berkenaan akan berjumpa dengan anak-anak kepada Tang Ngad, 80, untuk berbincang mengenai kebajikan bapa mereka.

Beliau berkata rekod juga mendapati lelaki itu pernah ditawarkan penempatan di Institut Kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun menolak tawaran itu kerana mendakwa lebih suka tinggal di rumah sendiri.

“Anak-anaknya pula tidak penah menghubungi PKMD untuk berbincang mengenai penjagaan bapa mereka. Jika mereka tidak mampu menjaganya, kita mencadangkan supaya dia diletakkan di rumah kebajikan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Shahaniza berkata Tang yang dipercayai lumpuh separuh badan akibat angin ahmar merupakan penerima bantuan warga emas berjumlah RM300 setiap bulan sejak 2013 sehingga kini.

Semalam, polis terpaksa memotong pintu jeriji sebuah rumah untuk menyelamatkan Tang yang ditemui dalam keadaan bogel dan dipenuhi najis selepas dikatakan ditinggalkan anaknya sejak Isnin lalu, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chong Siang yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu berkata dua anak Tang mendakwa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain meninggalkan bapa mereka dalam keadaan itu.


“Mereka mendakwa bapa mereka menghalau dan sering memarahi atau mengamuk sehingga terpaksa ditinggalkan seorang diri.

“Mereka juga beritahu pernah menghantar bapa mereka ke rumah penjagaan orang tua, namun terpaksa dibawa pulang kerana timbul beberapa masalah lain,” katanya.

Sim berkata anak lelaki itu juga memberitahu dia ada pulang ke rumah itu pada 5 petang semalam, namun mendapati bapa mereka sudah tiada.

Katanya hasil perbincangan, anak Tang bersetuju untuk menghantar bapa mereka ke mana-mana rumah penjagaan orang tua yang sudi menerimanya. – BERNAMA

Kategori