Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Rampas Dadah...

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah dengan penahanan...

Sambutan Hari Kebangsaan Arab...

RIYADH - Kira-kira 1.5 juta warganegara Arab Saudi bakal memeriahkan pelbagai acara yang...

Petisyen FreeAnwar Dipadam, Mungkin...

ADA suara-suara sumbang menuduh penglibatan Putrajaya telah mempengaruhi tindakan pengendali We The People mengeluarkan satu petisyen menuntut...

Seorang Maut, Tiga Cedera...

PAPAR: Seorang maut, manakala tiga cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua...

Wushu: Najib Ucap Tahniah Kepada Wong Weng Son

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atlet wushu negara, Wong Weng Son atas kejayaan meraih pingat emas dalam acara jianshu (pedang) lelaki di Kejohanan Wushu Dunia di Kazan, Rusia, Isnin.

“Satu lagi #Kebanggaanku untuk Malaysia! Tahniah Wong Weng Son raih pingat emas acara jianshu lelaki di Kejohanan Wushu Dunia! #Negaraku,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau.

Weng Son mengumpul 9.64 mata menewaskan pencabarnya Lee Ha Sung dari Korea Selatan yang memenangi perak dengan 9.60 mata serta rakan sepasukannya Yeap Wai Kin di tempat ketiga dengan 9.53 mata.

Kejayaan tersebut cukup bermakna buat Weng Son apabila beliau sekadar meraih pingat perak dalam acara jianshu dan qiangsu (lembing) pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017) yang diadakan baru-baru ini. – BERNAMA

Kategori