Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PM Tidak Akan Tangguh...

KUALA LUMPUR – “Jika kita yakin dengan kemenangan, kita tidak akan tunggu satu...

Ustaz Budak Didakwa 8...

KOTA BHARU - Pengurus madrasah dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa di Mahkamah Sesyen...

KPM Terbuka Pandangan Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sentiasa terbuka menerima pandangan dan maklum balas daripada...

Penunggang Maut Motosikal Bertembung...

IPOH - Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai...

Yayasan Sabah Jalin Kerjasama DBP Penerbitan Buku

KOTA KINABALU – Kumpulan Yayasan Sabah (YS) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi tujuan penerbitan buku.

Pengarah YS Datuk Sapawi Ahmad berkata menerusi MoU itu, YS menerusi Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi, serta Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar akan menjalankan kerjasama khususnya dalam kegiatan penyuntingan dan penulisan buku.

“Melalui kerjasama ini, saya yakin YS dapat menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti dan tersusun di samping menambah usaha DBP dalam mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kepustakaan Melayu di Malaysia.

“Saya berharap MoU ini akan menjadi landasan yang baik kepada pada penulis YS untuk menyumbangkan hasil kajian dan pengalaman mereka agar dapat didokumentasikan dalam bentuk buku bacaaan,” katanya ketika berucap pada majlis itu, di sini hari ini.

Pada majlis itu YS diwakili Sapawi dan Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah YS manakala DBP diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Adzis Abas dan Pengarah Jabatan Penerbitan DBP Abdul Khalik Sulaiman.

Mengulas lanjut, Sapawi berkata menerusi kerjasama itu Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak YS akan menerbitkan buku kanak-kanak sebagai usaha memenuhi keperluan belajar dan mengajar bagi kelas-kelas tadika.


“Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi YS juga sedang menyusun beberapa buku untuk diterbitkan antaranya berkaitan bidang etnografi. Ia merupakan sumbangan YS dalam pembangunan komuniti melalui kepelbagaian etnik dan budaya di Sabah.

“Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar YS pula akan menyusun buku berkaitan flora dan fauna yang banyak terdapat di kawasan konservasi YS antaranya Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Kanyon Imbak,” katanya.

Beliau berkata penerbitan mengenai keunikan dan kepelbagaian flora dan fauna adalah penting agar masyarakat umum mengenali dan mengetahui manfaat besar daripada khazanah hutan tropika di negeri ini. – BERNAMA

Kategori