Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Isu Terowong Dasar Laut:...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan tempoh reman dua pemimpin syarikat...

Redzuan Mahu Khalid Samad...

PETALING JAYA - Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan kerajaan Perikatan Nasional...

UPP Kuala Perlis Tahan...

PADANG BESAR - Seorang pemuda berumur 24 tahun ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan...

Polis Temui 40 Tong...

RAWANG - Polis menemui 40 tong bahan buangan berjadual dalam sebuah premis di Jalan...

Zamihan Dibebas Dengan Jaminan, Elak Ulas Media

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Ustaz Zamihan Mat Zin, yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes hasutan, akhirnya dibebaskan hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, ketika mengesahkan pembebasan Zamihan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Beliau sudah pun dibebaskan dengan jaminan pihak polis sendiri. Bagaimanapun kertas siasatan akan dirujuk pula kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi media.

Zamihan sebelum ini direman selama dua hari selepas ditahan ketika dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit pada 11 Oktober lalu dan disambung reman sehari lagi semalam.

Siasatan terhadap beliau; yang juga pegawai dakwah Kementerian Dalam Negeri dan ditempatkan di Penjara Kajang, dibuat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan berkaitan ceramahnya di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor pada 8 Oktober lalu yang didakwa konon ada unsur perkauman dan penghinaan terhadap Sultan Johor


Sementara itu, peguam Zamihan, Fakhrul Azman Abu Hassan, dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan ketika ditemui di IPD Dang Wangi bahawa anak guamnya dibebaskan pihak polis kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu.

Beliau dilaporkan berkata yang Zamihan juga sudah dinasihatkan oleh pihak polis supaya tidak memberi sebarang kenyataan mengenai kes tersebut kepada media buat sementara waktu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori