Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

20 Pesakit Dibunuh Jururawat...

TOKYO - Seorang bekas jururawat yang didakwa membunuh sehingga 20 pesakit warga emas...

Indonesia Pembazir Makanan Kedua...

JAKARTA - Penduduk Indonesia ialah pembazir makanan kedua terbesar di dunia. Kajian yang dilakukan...

Wan Azizah Mula Tugas...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini memulakan tugas...

Henti Monopoli Bekalan Barangan...

LABUAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mempertimbangkan...

Zamihan Saman FMT, MMO, NST Fitnah Hina Sultan Johor

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari memberi tempoh tujuh hari kepada dua portal tempatan menarik balik artikel.

Ia susulan tindakan biadab Free Malaysia Today (FMT) dan Malay Mail Online (MMO) menyiarkan berita fitnah mendakwa konon beliau hina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu pusat dobi Muslim sahaja.

Penceramah bebas itu dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini turut meminta dua portal tersebut yang dketahui propembangkang memohon maaf secara terbuka sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

Pendakwah berkenaan malah berasa amat kecewa dengan laporan putar belit berjaya dilakukan oleh FMT melalui artikel yang bertajuk “Pegawai Jakim Selar Sultan Johor, Bidas Cina Tak Bersih” disiarkan pada Selasa lalu.

“Saya memandang serius artikel yang disiarkan FMT. Artikel itu jelas berniat jahat dan berunsur fitnah terhadap saya selain cuba mengeruhkan hubungan antara agamawan dengan Istana berhubung isu kedai dobi Muslim.

“Bahkan FMT juga dilihat mempunyai agenda tersembunyi untuk merosakkan hubungan antara kaum dengan mencetuskan kemarahan bukan Islam terhadap umat Islam di negara ini,” tegas beliau dalam nada amat kesal.

Beliau turut menamakan beberapa portal atas talian seperti News Straits Times (NST) dan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim untuk berbuat perkara serupa. Jika gagal, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mereka.

Mengulas lebih lanjut, Zamihan menegaskan beliau sama sekali langsung tidak menyebut nama Sultan Johor dalam video yang dipetik pihak FMT jauh sekali menggunakan perkataan kasar, kesat dan berbaur hasut ke atas baginda.

Namun beliau akur dan merafak sembah memohon ampun jika sebarang salah faham timbul ekoran video tersebut, malah bersedia mengadap Sultan Ibrahim pada bila-bila masa sahaja sekiranya Tuanku Sultan Johor berkenan.

Dalam pada itu Zamihan meluahkan perasaan kesal dengan usaha pihak media antikerajaan mengaitkan namanya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) walhal sudah hampir 13 tahun beliau tidak berkhidmat di situ.


“Paling ketara, niat jahat FMT terserlah apabila mereka secara jelas mengaitkan jawatan saya sebagai Pegawai Jakim dalam artikel berkenaan. Sedangkan saya sendiri dekat 13 tahun sudah tidak lagi bertugas dengan Jakim.

“Bahkan kehadiran saya bagi menyampaikan kuliah agama di masjid berkenaan pun adalah atas kapasiti saya yang dijemput sebagai pendakwah Ahli Sunnah wal Jamaah yang bertauliah dan Presiden Aswaja sahaja.

“Berdasarkan kronologi kes dan fakta, maka jelaslah tindakan FMT sebenarnya membuktikan mereka bersikap anti-Islam, memusuhi agensi Islam khasnya Jakim dan dilihat tidak mahu hormati sensitiviti Muslim di negara ini.”

Tambah Zamihan lagi, portal berita tersebut selain MMO didapati sengaja menimbulkan naratif bercelaru mengenai status dirinya demi merendahkan imej beliau kerana ketegasannya dalam menegur isu-isu agama selama ini.

“Malah ini bukanlah kali pertama FMT dan sekutunya mengeluarkan artikel yang cuba membunuh karakter saya. Posting MMO pula memuatkan foto saya seolah-olah dalam keadaan jelir lidah sewaktu menyampaikan ceramah.

“Saya percaya naratif itu sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kebencian sesetengah pihak terhadap diri saya, kerana saya sering kali menegur sesetengah pihak tertentu dengan tegas dalam isu-isu berkaitan agama.”

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat artikel FMT, MMO dan NST yang jelas berbaur hasutan serta cuba menimbulkan kebencian antara agama dan permusuhan rakyat berbilang kaum. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori