Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Australia Ketat Kawalan...

SYDNEY - Pemainan terbaharu Nintendo, Pokemon GO sejak dilancarkan minggu lalu bukan sahaja...

Rakyat Tahu Siapa Sokong...

IPOH - Tidak sukar untuk rakyat menilai dan mengenal pihak-pihak yang menyokong perjuangan...

Aidilfitri Malaysia Madani Di...

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat pelbagai latar belakang agama dan kaum serta pelancong...

Khabar Angin Kadar Tol...

KUALA LUMPUR - Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menafikan khabar angin yang...

Zulfadzli Bangun Aplikasi Runner Bantu Usahawan

KUCHING – Pembangun aplikasi muda Ahmad Zulfadzli Khamidi sekali lagi menunjukkan bakat melalui satu lagi aplikasinya, dikenali sebagai ‘Runner’ yang dibangunkan untuk kemudahan usahawan kecil di Sarawak memasarkan produk mereka.

Kali ini remaja berusia 13 itu berkolaborasi bersama ibunya Norhasyimah Ahmad Merrican, 38, dalam menghasilkan aplikasi tersebut yang turut mendapat perhatian apabila terpilih ke suku akhir pertandingan SUPERB Walk-In Bizpitch @ Motonation 2017.

Bercakap kepada Bernama, Norhasyimah berkata mereka dimaklumkan layak ke pusingan itu bersama empat lagi peserta dari negeri ini semalam (23 Okt).

“Pusingan suku akhir ini akan diadakan pada 3 Nov depan di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Cyberjaya. Namun begitu kami berdua masih memikirkan sama ada untuk pergi atau tidak kerana beberapa faktor seperti kewangan dan sebagainya,” katanya.

Pertandingan anjuran Unit Pemandu Agenda Bumiputera (TERAJU) di Jabatan Perdana Menteri dan Procara Entertainment Sdn Bhd itu bertujuan mencari idea kreatif dan inovatif berkaitan dengan sektor automotif.

Ketika ditanya bagaimana aplikasi itu akan berfungsi, Ahmad Zulfadzli berkata setiap usahawan yang ingin melakukan hantaran barang jualan mereka boleh memaklumkannya kepada ‘runner’.


“Fungsi aplikasi ini seakan Uber atau Grab, setiap usahawan yang ingin menghantar barangan jualan mereka akan memaklumkannya dalam aplikasi tersebut, jadi jika ada ‘runner’ berhampiran, dia boleh melakukan penghantaran tersebut.

“Aplikasi ini untuk penghantaran apa sahaja barangan seperti produk cecair, minuman malahan batu dan kayu pun boleh asalkan ‘runner’ berkemampuan menghantarnya,” katanya yang dijadualkan untuk bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Khamis ini.

Pada Ahad, Bernama melaporkan kejayaan remaja itu membangunkan aplikasi buku teks digital untuk mengurangkan kebergantungan kepada buku teks fizikal dalam era digital ketika ini. – BERNAMA

Kategori