Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Kawasan Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji beberapa kawasan baharu yang berisiko dibolosi pihak-pihak...

Penguatkuasaan Bersepadu Kurangkan Kes...

IPOH - Penguatkuasaan bersepadu antara Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dan agensi di...

Perbicaraan Kes Saman Terhadap...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail terhadap...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Setiausaha...

2 Dicekup Bersama 200 Kilo Daun Ketum

SIK – Polis menahan dua lelaki berusia 30 tahun serta merampas 200 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM2,600 di Kampung Kuala Roman, Jeneri dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdull Razak Osman berkata mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sik semasa melaksanakan tugas snap and check.

“Kedua-dua suspek dipercayai dalam perjalanan menuju Padang Besar, Perlis dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza dan membawa daun ketum yang diisi kemas di dalam karung plastik.

“Siasatan awal mendapati bekalan daun itu diperolehi dari Lubuk Merbau (dekat Padang Terap). Kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Abdull Razak berkata permohonan reman bagi kedua-dua suspek akan dibuat pada hari ini.

Beliau berkata sekiranya disabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Kategori