Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SKMM Siasat Penyebaran Berita...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan...

2,400 Batang Balak Bernilai...

BERA - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) merampas 2,400 batang balak dianggar bernilai...

‘Orang Kuat’ Pengasas PPBM...

APA sudah jadi? Baru ditubuhkan 9 September tahun lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...

Salleh Cabar Tun M...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mencabar Tun Dr. Mahathir...

2 Maut, 100 Pesakit, 4 Bayi Dipindahkan Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam menyebabkan hampir 2,000 penduduk, 104 pesakit dan empat bayi baru lahir di Hospital Pulau Pinang (HPP) terpaksa dipindahkan.

Turut dilaporkan berlaku dua kematian.

Jabatan Kesihatan Negeri berkata banjir di HPP melibatkan Wad Pesakit, Wad Rawatan Rapi Neonataldan dan Unit Pengangkutan yang terletak di tingkat bawah.

“Ärahan pengungsian telah dikeluarkan oleh Pengarah Hospital dan telah dilaksanakan sekitar jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi ini. Kesemua pesakit yang terlibat telah dipindahkan ke wad-wad yang lebih selamat,” kata HPP dalam satu kenyataan.

Sementara Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata dua kematian itu melibatkan seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditemui lemas di dalam rumahnya di Kampung Masjid, Jalan Perak dan seorang wanita dari Pusat Penjagaan Orang Tua Jalan P. Ramlee.

Di tanah besar, kawasan yang terlibat banjir ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Butterworth, Permatang Rawa, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bukit Teh, Alma, Bukit Tambun dan Simpang Ampat.


Di bahagian pulau melibatkan Bandaraya George Town, Tanjung Bungah, Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee, Kampung Dodol, Balik Pulau, Sungai Ara, Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang.

Di kawasan tanah besar, terdapat jalan yang ditutup iaitu Jalan Kulim, Jalan Bukit Tengah dan Jalan Permatang Pauh manakala di bahagian pulau membabitkan Jalan Tun Sardon, Balik Pulau ekoran berlaku tanah runtuh, Jalan Titi Kerawang, Teluk Bahang kerana berlaku pokok tumbang serta beberapa jalan di sekitar George Town yang dinaiki air.

Cuaca di negeri ini masih mendung dengan sesekali hujan renyai. – BERNAMA

Kategori