Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di N....

SEREMBAN - Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan meningkat kepada 157 orang setakat...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun sedikit kepada 42 orang...

Operasi Haji Musim 1438...

MAKKAH – Operasi haji musim 1438 Hijrah di Makkah berjalan lancar berdasarkan maklum...

Kutip GST RM19 Sehari,...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan...

2 Pelancong Asing Rakam Gambar Maut Dipijak Gajah

LUSAKA – Dua pelancong, masing-masing rakyat Belanda dan Belgium, maut dipijak gajah di Zambia apabila berada terlalu dekat dengan mamalia itu ketika cuba rakam gambar.

Menurut polis tempatan, mangsa, yang identiti mereka tidak didedahkan, terbunuh ketika berada di sebuah safari di Lodge Sungai Maramba di bandar pelancongan Livingstone semalam.

“Seorang wanita Belgium berusia 57 tahun dan lelaki Belanda berusia 64 tahun terbunuh apabila berada dekat dengan gajah ketika cuba rakam gambar,” kata jurucakap polis, Danny Mwale.

Mwale berkata, pihak polis yang kemudian bergegas melawat lokasi kejadian menemui mayat mereka terbaring di atas tanah dengan banyak kesan kecederaan.

Kes pelancong dibunuh haiwan luar ketika berada di safari kerap dilaporkan di seluruh rantau selatan Afrika.


Sebahagiannya mati dibaham oleh singa ketika cuba menangkap gambar. – AFP/BH ONLINE

Kategori