Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Akuarium, Sauna, Bar Dalam...

MONTERREY - Pihak berkuasa menemui sel mewah dengan akuarium, sauna mudah alih dan...

Kecoh.. Bila Ujian Peluru...

Los Angeles - Ujian peluru berpandu di luar pantai California semalam mencetuskan kekecohan...

Video Lucah: Siasatan Video...

CYBERJAYA - Siasatan terhadap video seks tular yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang...

Kenyataan Kena ‘Twist’, Chef...

CHEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chef...

2 Rakan Menyamar Polis Lakukan Pemerasan Dihukum

KUALA LUMPUR – Dua rakan yang menyamar sebagai anggota polis, masing-masing dijatuhi hukuman penjara dan denda hari ini kerana melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhi hukuman penjara 12 bulan ke atas Mohamad Norazli Razak, 23, yang tidak bekerja, dan denda RM 5,000 ke atas Muhamat Hison Sadi, 20, seorang buruh selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah melakukan pemerasan secara bersama ke atas mangsa berusia 36 tahun.

Mahkamah memerintahkan Mohamad Norazli menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap 8 Januari lepas dan memerintahkan Muhamat Hison dipenjara 15 bulan jika dia gagal membayar denda.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan pangsapuri mangsa di Pandan Indah di sini pada 9.30 malam, 7 Januari lepas mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa dan adik iparnya baru sampai di hadapan pangsapuri selepas menghantar isteri mangsa ke tempat kerja.


Kedua-dua tertuduh memberitahu mangsa ada membuat kesalahan namun tidak menyatakan apa kesalahan itu dan meminta mangsa menyerahkan wang dan akibat ketakutan, mangsa memberi mereka wang RM100.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori