Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KL Bakal Miliki Servis...

MENYAHUT seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjadikan Kuala Lumpur bandaraya...

Manifesto BN: Sabah, Sarawak...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hab...

UMNO Tak Akan ‘Dikebumikan’...

JOHOR BAHRU - UMNO Johor tidak akan sekali-kali membenarkan parti yang ditunjangi orang...

Paderi Mengaku Tak Bersalah...

PUTRAJAYA - Seorang paderi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual...

2 Warga Thai Miliki Pistol, Peluru Direman 7 Hari

GEORGE TOWN – Dua lelaki warga Thailand direman tujuh hari bermula hari ini berhubung memiliki sepucuk pistol dan lima butir peluru hidup di hadapan pusat membeli belah One Stop Midland, Pulau Tikus, di sini.

Perintah reman hingga 8 November ini itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muhammad Azam Md Eusoff selepas membenarkan permohonan polis untuk mereman lelaki masing-masing berusia 26 dan 27 tahun itu.

Peguam U. Thavanesen yang mewakili kedua-dua lelaki terbabit berkata anak guamnya direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Terdahulu lelaki tersebut yang masing-masing bekerja sebagai penoreh getah dan pemandu teksi motosikal tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 10.30 pagi diiringi anggota polis ke bilik prosiding reman dan dilihat keluar satu jam kemudian.

Kedua-dua lelaki tersebut ditahan di hadapan sebuah pusat membeli belah di sini, semalam. – BERNAMA

Kategori