Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lelaki OKU Kesal Disaman...

ADAKAH menjadi satu kesalahan apabila individu yang telah berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU)...

Sukan Asia: Delegasi Iran...

SEOUL - Polis Korea Selatan, hari ini berkata mereka sedang menyiasat seorang pegawai...

Pusat Pemindahan Dinaiki Air...

PEKAN - Lima hari lepas mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Temai...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon...

24 Pegawai Dan Anggota Polis Pantau 12 PPR Di Ibu Kota

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur akan menugaskan 24 pegawai dan anggota di 12 Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘panas’ di ibu kota dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata PPR terbabit iaitu Sri Selangor, Kerinchi, Kondo Rakyat, Sri Pantai, Intan Baiduri, Kampung Baru Air Panas, Seri Johor, Seri Kota, Desa Tun Razak, Pudu Ulu, Salak Selatan dan Kampung Muhibbah akan dipantau masing-masing oleh seorang pegawai dan anggota.

“PPR ini dikenal pasti sebagai antara kawasan panas kegiatan jenayah serta pengedaran dadah, kami mahu kegiatan ini dikurangkan.

“Pengerusi dan jawatankuasa PPR perlu berhubung dengan pegawai yang ditetapkan tentang apa jua permasalahan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 1Aman Week di PPR Sri Selangor di sini, hari ini.


Mazlan berkata pegawai dan anggota yang dilantik diberi masa tiga bulan untuk mengurangkan kadar jenayah di PPR jagaan mereka.

“Jika kita dapati tiada perubahan, pegawai dan anggota ini akan digantikan dengan orang lain. Program ini juga akan dilaksanakan di PPR lain yang akan dikenal pasti nanti,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPR

Kategori