Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pembangunan Menakjubkan Johor Hasil...

ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan...

Kit Siang Kesal Tony...

KUALA LUMPUR - DAP kesal dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada...

Semua Jawatan UMNO Dipertandingkan...

KUALA LUMPUR - Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden terbuka untuk ditandingi pada...

Longgokan Sampah Cemari Kota...

PARIS - Beribu-ribu tan sampah tidak dikutip sejak hampir seminggu lalu bukan sahaja...

3 Ditahan, Akaun RM4 Juta Dibekukan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun syarikat bernilai RM4 juta susulan penahanan tiga individu dipercayai terlibat dengan aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

Menurut sumber SPRM, mereka yang ditahan petang tadi ialah dua pengarah syarikat melombong pasir bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan disyaki bersubahat dalam aktiviti tersebut.

“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap aktiviti perlombongan pasir dan batu secara haram di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

“Pasukan penyiasat memeriksa beberapa lori disyaki membawa pasir haram dalam satu operasi dilancarkan 10 pagi tadi dan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta dibekukan. Kesemua suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk direman bagi membantu siasatan.” katanya.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata operasi itu dilancarkan selepas SPRM mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung aktiviti mencuri pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lepas. – BERNAMA

Kategori