Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sehati Sejiwa, Filem Pendek...

HARI Kemerdekaan bakal menjengah tidak lama lagi, rakyat Malaysia diingatkan mengenai keindahan dan...

VIDEO: Bantal Kekabu, Dari...

SEMBILAN tahun lalu, Zaidi Awang, pemborong bantal kekabu dari Kampung Kuala Ruman, Sik,...

Video: Jom Tonton Klip...

DALAM beberapa hari sahaja lagi, seluruh rakyat Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam...

Harimau Malaya naik Barracuda...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak negara terpaksa dibawa menaiki kereta perisai jenis...

40,000 Anak Rohingya Tiada Penjaga Di Kem Pelarian

COX’S BAZAR – Lebih 40,000 kanak-kanak Rohingya yang tidak ditemani penjaga berada di kem pelarian di Bangladesh selepas lari dari Myanmar.

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) untuk Bantuan Kemanusiaan dan Krisis Pengurusan, Christos Stylianides, menyifatkan krisis pelarian ketika ini sebagai yang terbesar sejak beberapa dekad lalu, selepas lebih 600,000 Rohingya memasuki Bangladesh dari Rakhine sejak 25 Ogos lalu.

“Saya terkejut dengan apa yang saya saksikan ketika melawat kem. Magnitud kemasukan pelarian dalam jangka pendek, ia benar-benar unik,” katanya kepada AFP.

Katanya, jumlah kanak-kanak yang melarikan diri tanpa ditemani ibu bapa atau penjaga melebihi 40,000 orang.

“Saya fikir angka ini sahaja dapat menunjukkan betapa besarnya masalah yang bakal dihadapi,” katanya.

Agensi bantuan menyuarakan kebimbangan berhubung krisis kemanusiaan mengejutkan di kem dengan pelarian berdepan kekurangan perlindungan, air, penjagaan kesihatan dan sanitasi.


“Krisis pelarian ketika ini di Cox’s Bazar yang terbesar sejak beberapa dekad dan memerlukan satu tindak balas kemanusiaan menyeluruh dan terancang.

“Jumlah mereka yang memerlukan, trauma mereka sukar dibayangkan. Begitu juga jumlah kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat yang teruk,” katanya kepada media di Dhaka.

Aktivis hak asasi dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan kebimbangan mengenai kanak-kanak tidak ditemani, mengatakan ramai berisiko menjadi mangsa penyeludupan manusia. – AFP/BH ONLINE

Kategori