Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Calon PH ‘Hina’ BN...

BIADAB... Bimbang dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN), calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan...

Pedas Ngam Ngam, Sedap...

KUALA LUMPUR - Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif...

Kadar Jenayah Di Perlis...

KANGAR - Kadar jenayah di Perlis bagi tempoh Januari hingga 25 September tahun...

DAP Jangan Halang Hak...

KUALA LUMPUR - Rakyat Kelantan berhak melaksanakan apa yang terkandung dalam ajaran Islam...

43 Mangsa Terkandas Di Bukit Bendera Diselamatkan

GEORGE TOWN – Seramai 43 mangsa terdiri daripada pelancong dan pekerja di puncak Bukit Bendera yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya dibawa turun dengan selamat hari ini.

Seramai 31 daripada 43 mangsa itu diselamatkan melalui laluan udara menggunakan helikopter oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang manakala selebihnya turun menggunakan laluan darat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata semua mangsa yang diselamatkan adalah wanita termasuk warga emas dan sembilan kanak-kanak, mereka dibawa mendarat di padang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di Jalan Padang Tembak, di sini pada pukul 2.38 petang.

“Operasi menyelamat yang bermula pukul 10 pagi itu dibantu pelbagai agensi seperti polis, bomba, Agkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan kerjasama Perbadanan Bukit Bendera.

“Kami terpaksa menggunakan khidmat helikopter bomba Pulau Pinang dalam menyelamatkan mangsa berikutan laluan di sepanjang Bukit Bendera berisiko akibat tanah runtuh dan pokok tumbang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 12 lagi mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita menggunakan jalan darat dan selamat turun di kaki Bukit Bendera pada pukul 4.30 petang.

Anuar berkata mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 36 anggota sebuah kelab senaman manakala selebihnya adalah pekerja yang tinggal di puncak Bukit Bendera.

“Sejumlah 36 mangsa itu naik ke Bukit Bendera untuk melakukan upacara sembahyang Sabtu lepas, sebelum mereka terkandas akibat tren kereta api yang rosak selepas hujan lebat dan angin kuat. Mereka meminta bantuan kami untuk diselamatkan.


“Mereka tinggal di sebuah hotel di atas puncak bukit itu manakala tujuh lagi mangsa iaitu terdiri daripada dua keluarga yang bekerja di situ menumpang di Balai Polis Bukit Bendera selepas rumah mereka terputus bekalan elektrik dan makanan,” katanya.

Beliau berkata operasi menyelamat mangsa pada awalnya mengalami kesukaran akibat keadaan di sepanjang laluan darat Bukit Bendera yang berisiko tinggi selain kerja-kerja pembersihan yang belum selesai dilakukan dan akan melambatkan proses menyelamat.

“Semua mangsa yang berjaya diselamatkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan bekalan makanan juga mencukupi kerana sebuah hotel di puncak bukit itu membekalkan makanan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Keselamatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azhar Mohamad berkata pihak bomba menghadapi kesukaran untuk mendaratkan helikopter di puncak Bukit Bendera kerana kejadian tanah runtuh.

“Bomba mengambil masa 15 minit sebelum berjaya mendarat di kawasan rumah sebelum membawa turun semua mangsa dengan tiga kali penerbangan,” katanya. – BERNAMA

Kategori