Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengurusan UIA Tidak Bertamadun...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP (Dapsy) mendakwa pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA)...

PAN: Tidak Bertamadun, Cemari...

KUALA LUMPUR - "Islam tidak menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun atas nama perjuangan...

500 Keluarga Orang Asli...

GUA MUSANG – Kira-kira 500 keluarga masyarakat Orang Asli di beberapa kampung di...

“Kalau Berani Sangat, Sila...

"MARI jumpa saya wahai Ustazah Hamidah, kalau nak maki orang biar depan-depan." Itulah yang...

443,541 OKU Berdaftar JKM Oktober 2017

PETALING JAYA – Seramai 443,541 orang kelainan upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hingga Oktober tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Katanya jumlah yang berdaftar melalui Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU) itu masih belum mencapai sasaran unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang menganggarkan 10 hingga 15 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara adalah OKU.

“Daripada jumlah itu (yang berdaftar), 39,999 adalah OKU kategori masalah penglihatan yang sememangnya harus diberi perhatian dan memperoleh hak sama rata sebagaimana dinyatakan dalam Akta OKU 2008, mahupun Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD),” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Perancangan Strategik JKM Mohd Fazari Mohd Salleh ketika merasmikan Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Masalah Penglihatan 2016/2017 Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), di sini hari ini.

Azizah berkata selaras dengan komitmen pada peringkat antarabangsa dan nasional, kerajaan merangka perancangan strategik pembangunan OKU melalui Pelan Tindakan Orang Kelainan Upaya (PTOKU) 2016-2022 yang dilancarkan sejak tahun lepas.

“Antara usaha yang dijalankan oleh JKM bagi memperkasakan OKU termasuk melaksanakan Program Karnival Kerjaya setiap tahun, perkhidmatan sokongan pekerjaan, program persiapan pekerjaan untuk OKU dan memberi latihan jurulatih kerja menerusi Program Latihan Kesamarataan Disabiliti kepada OKU,” katanya.

Seramai 55 OKU yang cacat penglihatan dan fizikal menerima anugerah yang terbahagi kepada empat kategori iaitu pendidikan, sukan, muzik dan keusahawanan.


Anugerah Pencapaian Pendidikan menjadi milik tiga murid sekolah rendah, tujuh pelajar sekolah menengah dan 11 penuntut institut pendidikan tinggi yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pencapaian akademik.

Pengiktirafan turut diberi kepada 19 individu yang cemerlang dalam Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini dan tiga individu cacat penglihatan yang berbakat dalam bidang muzik menerima Anugerah Pencapaian Muzik.

Pengerusi jawatankuasa anugerah itu S. Santhisegaran berkata objektif anugerah ini adalah untuk mengiktiraf, memberi motivasi dan memupuk kejayaan luar biasa individu yang cacat penglihatan.

“Kami berharap dapat meningkatkan kesedaran antara pihak berkepentingan dalam sektor kerajaan, majikan, syarikat korporat, institusi pendidikan dan orang ramai serta memperkukuh fakta bahawa mereka yang cacat penglihatan juga mampu memperbaiki kehidupan mereka sepertimana orang lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori