Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zahid Enggan Ulas Cadangan...

TEMERLOH - Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas...

Bangladesh Hantar Pelarian Rohingya...

DHAKA - Kerajaan Bangladesh akan mula menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di sebuah...

Kes Bunuh Farah Kartini:...

HULU SELANGOR: Kad sim dipercayai digunakan anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan...

Exco Pahang Dikejar Ke...

KUANTAN - Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab...

5 Lelaki, 2 Bot Nelayan Ditahan APMM

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 18 Tawau menahan dua bot nelayan pukat tunda dan lima lelaki di dua lokasi perairan di sini kerana melanggar syarat lesen perikanan ketika menangkap ikan, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 18 Tawau Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata anggota APMM yang menjalankan rondaan menahan sebuah bot nelayan di Sungai Serudong kerana melakukan kerja-kerja menangkap ikan di kawasan sungai pada 11 pagi.

“Pemeriksaan awal, terdapat seorang juragan tempatan bersama dua awak- awak warga Indonesia yang berumur lingkungan 16 hingga 30 tahun berada di dalam bot tersebut dan seorang daripadanya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sebuah lagi bot ditahan dan diperiksa di perairan Sungai Gagasak di sini pada 1.45 petang selepas melakukan kesalahan sama, menarik pukat tunda di kawasan sungai.

“Hasil pemeriksaan, terdapat dua lelaki seorang juragan tempatan dan awak-awak warga Indonesia masing-masing berumur 36 dan 57 tahun berada dalam bot itu, namun awak-awak bot itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Firdaus berkata kesemua bot dan tahanan diiring ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.


Beliau berkata pihaknya komited menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang- undang di kawasan perairan Malaysia khususnya Tawau tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim.

Katanya, orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan kegiatan jenayah di laut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115. – BERNAMA

Kategori