TALUQAN (Afghanistan) – Sekurang-kurangnya lima orang awam maut manakala 13 lagi cedera apabila dua kumpulan bersenjata yang bertelagah bertempur di wilayah Takhar di utara Afghanistan, lapor agensi berita China Xinhua memetika kenyataan polis tempatan pada Khamis.
“Insiden itu berlaku pada lewat malam Rabu, apabila dua kumpulan bersenjata memulakan satu pertempuran sengit di daerah Chah Ab yang agak selamat, menyebabkan lima orang awam maut dan mencederakan 13 orang lagi, termasuk seorang ketua polis daerah dan dua anggota polis,” kata jurucakap polis wilayah itu, Khalil Asir.
Pertempuran sekali-sekala itu berlanjutan di beberapa kawasan pekan di daerah itu pada pagi Khamis, kata sumber itu sambil menambah bahawa pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian untuk menenangkan keadaan.
Penduduk biasa Afghanistan biasanya menderita di tangan kumpulan bersenjata yang tidak bertanggungjawab, terutama kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan adalah lemah. – BERNAMA