Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kawasan Lombong Terbiar Disaran...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan supaya tanah-tanah...

Siasat Kes 648 Guru...

AYER KEROH: Jabatan Pendidikan Melaka diarah menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di...

“Saya Tidak Tahu Punca...

PERUBAHAN sikap mendadak pelakon Iqram Dinzly terus-menerus diperkatakan. Jika sebelum ini kawan rapatnya,...

Wanita Ini Menang Gelaran...

WANITA ini memenangi gelaran penggali kubur paling cantik di seluruh Jerman apabila sebuah...

500 Ilmuan Agama Sertai Muzakarah Haji

GEORGE TOWN – Sebanyak 500 ilmuan agama dan pembimbing haji daripada Turki, Kemboja, Filipina, Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura selain Malaysia menyertai Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berucap merasmikan muzakarah tahunan itu berkata sebanyak lima kertas kerja akan dibentang dan dibincangkan untuk berkongsi ilmu serta menetapkan keseragaman hukum hakam demi kepentingan jemaah haji dan umrah.

“Muzakarah itu diadakan bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan haji yang seragam dan selaras oleh para pembimbing haji untuk jemaah haji dan umrah.

“Program tahunan ini juga adalah satu proses penting untuk membolehkan para pembimbing ibadah haji mendapat kad tauliah mengajar haji dan umrah oleh Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata muzakarah itu juga membahaskan isu terkini berkaitan hukum hakam ibadat haji serta merumuskan resolusinya. – BERNAMA

Kategori