Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Dakwa SPR Tidak...

UMNO hari ini mempertikaikan kewujudan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana hanya dikendalikan oleh...

Lelaki Miliki Alat Sulit...

LELAKI yang memiliki alat sulit terpanjang di dunia dengan ukuran 18.9 inci, telah ditawarkan...

Kembali Kepada Asas Perjuangan...

KUANTAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua...

Tak Puas Hati Punca...

KUANTAN - Polis hari ini mengesahkan rasa tidak puas hati sebagai punca pergaduhan...

5,000 Rumah Mesra Generasi Baharu Felda Bakal Dibina

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,000 unit Rumah Mesra Generasi Baharu Felda (RMGBF) akan dibina melibatkan peruntukan RM164 juta, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata projek perumahan itu akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui kerjasama strategik dengan Felda yang telah dimeterai pada 13 April 2017.

“Setakat ini, 60 peratus kerja-kerja pengukuran kawasan terlibat telah siap serta permohonan tanah ke pejabat tanah dan daerah juga telah dilaksanakan,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai program pemberian lot tapak kepada generasi baharu Felda.

Razali berkata bagi tujuan pembangunan infrastruktur, sebanyak RM300 juta akan digunakan daripada dana dalaman Felda.

Menurutnya, harga jualan bagi seunit rumah mampu milik itu adalah RM75,000, namun pemohon akan menerima subsidi sebanyak RM20,000 oleh SPNB dan mereka hanya perlu membayar sebanyak RM55,000.


Beliau berkata bayaran bulanan rumah tersebut adalah sekitar RM349 sebulan untuk tempoh 25 tahun. – BERNAMA

Kategori