Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Fahrin Sah Bergelar...

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad sah bergelar suami kepada pilihan...

Warga Emas Hadapi 2...

ALOR SETAR - Seorang warga emas hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di...

2,300kg Minyak Masak Diseludup...

SATUN - Tentera Thailand menahan sebuah pikap dan merampas 2,300 kilogram (kg) minyak...

Chong Wei Mara Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara...

Juruteknik Didenda RM3K Miliki 5 Ikat Daun Ketum

KAJANG – Seorang juruteknik didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki lima ikat daun ketum yang disimpan di dalam peti sejuk, September lepas.

Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu ke atas Jusli Baharzuhar Abdul Kader, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki lima ikat ā€˜mitragynineā€™ seberat 49.71 gram di sebuah pondok dalam kawasan semak di Jalan Penggawa, Bandar Mahkota Cheras, Batu 9, Cheras, di sini pada 12.15 tengah hari , 6 Sept lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Lelaki itu yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau tiga tahun penjara.

Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat awam mengenai penagihan dadah, anggota Agensi Antidadah Kebangsaan cawangan Kajang telah menjalankan operasi di sebuah pondok di dalam kawasan semak dan telah menemui tertuduh.

Hasil pemeriksaan di dalam pondok itu menemukan lima ikat daun disyaki daun ketum yang disimpan di dalam sebuah peti sejuk.


Pemeriksaan lanjut di dalam peti sejuk itu juga membawa kepada penemuan sebuah periuk yang di dalamnya mengandungi daun ketum yang telah dimasak di luar pondok itu.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara ibunya yang sudah tua di kampung dan adiknya yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori