Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

MPNF Rayu Beri ‘Duit...

PETALING JAYA - Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) merayu kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Lelaki Tetak, Kelar Dua...

YAN - Seorang lelaki disyaki penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

Kes Culik: 7 Termasuk...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan tujuh...

Peti Simpanan Milik MAIPS...

KANGAR - Dua lelaki memperdayakan seorang pengawal keselamatan lalu mengikatnya sebelum melarikan peti...

5,392 Warga Asing Ditahan Di Pusat Tahanan Sabah

KUALA LUMPUR – Seramai 5,392 warga asing kini berada di pusat tahanan di negeri Sabah kerana kesalahan memasuki negeri itu secara tidak sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu, seramai 303 tahanan terdiri daripada warga Indonesia akan diusir dari negeri itu esok, menerusi Pelabuhan Tawau, Sabah.

“Majoriti warga asing yang ditahan adalah berasal dari Indonesia dan Filipina yang mana ada antara mereka didapati memasuki negeri itu secara tidak sah dan ada antaranya didapati tinggal lebih masa serta pelbagai kesalahan lain,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Jumaat Idris (BN-Sepanggar) yang ingin tahu bilangan warga asing memasuki negeri Sabah pada tahun 2016 sehingga kini.

Shahidan berkata sejak 1990 sehingga semalam, seramai 563,162 warga asing telah diusir dari Sabah selepas memasuki negeri itu secara tidak sah.

“Pengusiran warga asing kini memakan masa sehingga empat bulan berbanding sebelum ini yang mengambil masa hingga dua bulan kerana kita perlu siasat adakah mereka (warga asing) terlibat dalam kumpulan ekstremis dan sebagainya.


“Kerajaan akan sentiasa memastikan kemasukan warga asing secara tidak sah ke Sabah dapat dikurangkan dan kita juga berharap agar orang ramai turut membantu kerajaan dengan tidak mengambil pembantu rumah dan pekerja warga asing tidak sah,” katanya.

Shahidan berkata dari Januari 2013 hingga 31 Ogos lepas, 544,644 warga asing dicatatkan memasuki Sabah secara sah dan sebanyak 39,360 dokumen termasuk permit kemasukan, kad Pemastautin Tetap (MyPR) dan sijil lahir telah dikeluarkan pihak berkuasa. – BERNAMA

Kategori