Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Mahukan BN Menjadi...

ISKANDAR PUTERI : Barisan Nasional (BN) yakin pengundi Johor yang terpedaya dengan simbahan...

Pemuda PAS Mahu Kutip...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberi jaminan akan membantu aktivis...

Syarikat Penerbangan Bimbang Kesan...

NEW YORK - Sejumlah syarikat penerbangan menyuarakan kebimbangan bahawa virus Zika yang merebak...

COVID-19: Maksimum 17 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum antara 16 dan...

6 Pegawai Dipecat Penularan Wabak Batuk Kering

CHANGSHA – Enam pegawai kerajaan dipecat pada Selasa selepas lebih 35 pelajar didiagnosis menghidap penyakit batuk kering di Daerah Taojiang, wilayah tengah Hunan di China, lapor agensi berita Xinhua.

Pegawai terbabit termasuk ketua biro perancangan keluarga dan kesihatan daerah, biro pendidikan serta pusat kawalan dan pencegahan penyakit, menurut kerajaan daerah Taojiang.

Sementara itu, kerajaan tempatan mencadangkan agar suruhanjaya kerja pendidikan daerah itu memecat pengetua Sekolah Menengah Rendah No 4.

Wabak batuk kering dilaporkan menular di sekolah itu pada bulan Ogos.

Sehingga 17 Nov lepas, sejumlah 29 pelajar telah didiagnosis menghidap penyakit itu bersama lima lagi kes yang disyaki.

Lapan pelajar sebuah sekolah vokasional telah didapati menghidap penyakit itu di daerah tersebut sejak Oktober.


Kerajaan tempatan Taojiang berkata ia akan cuba sedaya-upaya untuk merawat pesakit yang dijangkiti wabak itu dan melakukan saringan ke atas pelajar lain di semua sekolah dalam daerah tersebut.

Pihak berkuasa bagi pemeriksaan disiplin di Taojiang kini menyiasat jika terdapat kecuaian dalam melakukan tugasan atau salah laku lebih ramai penjawat awam berikutan dua insiden penularan wabak batuk kering itu. – BERNAMA

Kategori