Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati Keluar Kenyataan Tentang...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof...

Punggung Budak Tahun 1...

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dirotan guru tuisyen hingga melecur di bahagian punggung...

Bunkface Jalin Kerjasama Dengan...

BULAN lalu, kumpulan Bunkface diumumkan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur...

Sultan Nazrin Rasmi Kompleks...

SERI ISKANDAR — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Kompleks...

6 Pemandu Teksi Diberkas Kerana Berjudi

SIBU – Enam pemandu teksi diberkas polis kerana terbabit bermain judi ‘See Kee Pui’ di pondok Perhentian Pemilik Teksi Sibu di Jalan Khoo Peng Loong di sini pada 2.30 petang hari ini.

Selain menahan pemandu teksi yang berusia antara 52 hingga 68 tahun itu, polis turut merampas 52 keping daun terup dan wang tunai berjumlah RM185 dalam serbuan tersebut.

Sementara itu dalam satu serbuan lagi di sebuah kafe dan restoran di Lorong Mahsuri di sini, seorang lelaki berusia 55 tahun yang menjual minuman di premis tersebut telah ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti loteri haram.

Sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM404 juga telah dirampas.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit berkata, kes tersebut masing-masing disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

Kategori