Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pembubaran MARA Hanya Spekulasi...

KOTA BHARU - Isu pembubaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) hanya spekulasi pihak tidak...

Bos AirAsia Indonesia Mengaku...

JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif PT Indonesia AirAsia, Sunu Widyatmoko semalam mengakui syarikat...

Bina Sekolah Khas Untuk...

​​​​​KUALA LUMPUR - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sekolah...

Anggota Komponen BN Mesti...

KUALA LUMPUR - Anggota parti komponen mesti mempunyai 'DNA' Barisan Nasional (BN) bagi...

6,000 Warga Sabah Daftar Sahabat Gerah SPRM

KOTA KINABALU – Lebih 6,000 warga Sabah mendaftar sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan program itu tahun ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Sabah Hasbilah Mohamad Salleh berkata Gerah merupakan pendekatan serta strategi SPRM bagi mempelawa penglibatan masyarakat setempat untuk menjadi mata dan telinga agensi itu sekali gus bersama-sama memainkan peranan penting bagi memerangi jenayah rasuah serta salah guna kuasa.

“Sehubungan itu, kami (SPRM) akan berusaha mendapatkan lebih ramai keanggotaan dalam kalangan masyarakat setempat di Sabah dengan harapan mereka akan peka dan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada SPRM untuk mencegah jenayah rasuah.

“Peranan dan penglibatan masyarakat di negeri ini dalam pencegahan rasuah amat penting bagi membantu SPRM mendapatkan maklumat (mengenai rasuah dan salah guna kuasa) kerana masyarakat lebih mengetahui masalah yang berlaku di sekeliling mereka sama ada di pejabat mahupun di kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum melepaskan 10 kenderaan pacuan empat roda peserta konvoi Program Mesra Rakyat Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) 2017 di Pejabat SPRM, dekat 1Sulaman, di sini hari ini.

Kejar adalah program turun padang SPRM untuk mendekati rakyat selain platform menyebar luas mesej antirasuah dan salah guna kuasa kepada masyarakat serta mendidik mereka agar lebih berani tampil membuat laporan dan menyalurkan maklumat kepada agensi itu.


Hasbilah berkata program itu mendapat sambutan menggalakkan pada penganjurannya sebelum ini apabila menyaksikan kehadiran begitu ramai dalam kalangan penduduk di daerah terlibat sekali gus menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan rasuah semakin meningkat.

“Kami juga mendapati masyarakat sudah mula berani tampil untuk membuat laporan dan memberikan maklumat (rasuah dan salah guna kuasa) kepada SPRM dalam pelbagai saluran sama ada datang sendiri ke pejabat atau menerusi telefon dan email,” katanya.

Program Kejar pada hari ini bergerak ke Kampung Simpangan, Tuaran dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk program mesra rakyat dan menandatangani ikrar rakyat perangi rasuah pada kain rentang selain penyerahan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori