Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Belasah Lagi Timor...

KUALA LUMPUR – Malaysia mudah melepasi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022-Piala...

Bomba Guna Kebolehan Cakap...

KUALA LUMPUR - Kebolehan bertutur Bahasa Mandarin menjadi satu kelebihan buat seorang anggota...

VIDEO: Lelaki Ditembak Mati...

SEORANG lelaki yang dipercayai telah mencuri minuman keras di sebuah restoran telah ditembak...

Rumah Anak TPM Dirompak...

RUMAH anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah...

66 Mangsa Banjir Kilat Di Pusat Pemindahan

KUALA LUMPUR – Seramai 66 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai susulan banjir kilat hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata kejadian banjir kilat akibat hujan lebat sejak kira-kira 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Tinjauan Bernama di kampung itu mendapati ada mangsa pulang ke rumah masing-masing untuk mengambil barang keperluan.

Menurut Hanidah Awang Kechik, 54, ia banjir kali kedua selepas kejadian serupa Jumaat lalu.


“Saya hanya sempat selamatkan beberapa dokumen penting. Paras air naik sehingga ke pinggang dan keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai cuba menyelamatkan harta benda masing-masing,” katanya.

Bagi peniaga Muhammad Junaidi Abdul Aziz, 28, hujan lebat sejak pagi menyebabkan air Sungai Serai melimpah dan menjejaskan rumahnya yang terletak di kawasan rendah. – BERNAMA

Kategori