Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Lawak: Gigih Menari...

RAKAMAN seorang remaja lelaki yang gigih menari rave sebelum dipukul ibunya pada akhir...

Akaun Instagram Zul Ariffin...

BARU saja terpalit dengan kontroversi berhubung foto-foto seksinya di laman sosial, kini Instagram...

Tunisia Lancar Radio LGBT...

TUNIS - Selepas berjaya di Indonesia apabila mahkamah perlembagaan membenarkan amalan zina di...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah...

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak...

7 Anggota Geng Ah Leong Ditahan Di Cheras

KUALA LUMPUR – Polis menahan tujuh anggota geng Ah Leong yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dalam serbuan berasingan di sekitar Cheras di sini, Jumaat lepas.

Dalam operasi bermula 4 petang itu, kesemua lelaki tempatan berusia 19 hingga 50 tahun itu ditahan oleh anggota pasukan khas daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata polis merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM50,000 dan selaras senapang yang diambil dari sebuah rumah di Cheras.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini, Mazlan berkata modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah sekitar 8 pagi hingga 5 petang ketika penghuni tiada di rumah termasuk keluar bekerja.

“Mereka ini aktif melakukan pecah rumah sejak September lepas,’’ katanya sambil menambah mereka dipercayai terlibat dalam tujuh kes pecah rumah di sekitar Cheras dan Kajang, dan usaha dibuat untuk mengesan saki baki kumpulan itu, sekiranya ada.


Kumpulan ini bergerak secara terancang dan agresif. Ada satu kejadian mereka membunuh seekor anjing ‘Pit Bull’ dengan cara memberi racun. Ini menunjukkan yang kumpulan ini berbahaya dan mampu menyerang jika terdapat ancaman,” katanya.

Kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine ketika ditahan dan mereka direman lima hari sehingga esok untuk siasatan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. – BERNAMA

Kategori