Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pahang Fokus Tangani Isu...

KUANTAN - Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan terhadap isu alam sekitar bagi...

Sesi Persekolahan Murid Prasekolah,...

KUALA LUMPUR - Segala persiapan telah diatur bagi menyambut kehadiran murid prasekolah, Tahun...

Chong Mahu Bertanding Pada...

KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Negara, Senator Datuk Chong Sin Woon hari ini...

Kami Kekal Bersama Bukan...

UMUM mengetahui pasangan selebriti popular ini pernah berhadapan dengan masalah rumah tangga apabila...

9/11: Suspek Didakwa 22 Tuduhan Bunuh, Keganasan

NEW YORK – Suspek serangan maut Bandaraya New York yang terburuk sejak tragedi 9/11 telah didakwa pada Selasa atas pertuduhan membunuh dan berkaitan keganasan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat bagi Daerah New York Selatan (SDNY).

Jemaah juri di Daerah New York Selatan memutuskan sejumlah 22 pertuduhan terhadap Sayfullo Saipov susulan serangan pengganas yang didakwa dilakukannya di Manhattan pada 31 Okt, yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 12 lagi cedera.

Dakwaan terhadap tertuduh berusia 29 tahun yang berasal dari Uzbekistan itu termasuk lapan pertuduhan membunuh dan 12 cubaan membunuh.

“Seperti kebanyakan pengganas sebelumnya, Saipov kini bakal berdepan keadilan dalam sebuah mahkamah di Amerika. Dan seperti respons Bandaraya New York kepada serangan yang didakwa dilakukannya, kami menjangkakan keadilan, dalam kes ini, akan diperoleh dengan pantas, tegas dan tanpa gentar,” kata Pemangku Peguam Negara Amerika Syarikat bagi SDNY Joon H. Kim dalam satu kenyataan.

Mengikut pertuduhan, Saipov telah memaklumkan pihak berkuasa bahawa dia terdorong untuk melakukan serangan itu oleh video Daesh yang ditonton dalam telefon bimbitnya. – BERNAMA

Kategori