Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis KK Tahan 3...

KOTA KINABALU - Polis percaya berjaya menyelesaikan lima kes samun, curi dan pecah...

Pasukan Tugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR - Satu pasukan petugas khas ditubuhkan serta merta bagi menyiasat insiden...

Kajian Dapati Vape Boleh...

NAMPAKNYA isu peranti rokok elektronik atau vape di Malaysia sudah mula dilupakan banyak...

Kapal Tangki MT Jaoquim...

KUALA LUMPUR - Sebuah kapal tangki membawa minyak, MT Jaoquim, dipercayai hilang di...

AAB Laksana CSR Bantu Orang Asli Di Gerik

GERIK – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hari ini menyumbang sebanyak 300 beg sekolah dan alat tulis kepada pelajar sekolah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kampung Orang Asli Air Banun di sini. Sumbangan itu dibuat bersempena program tanggungjawab sosial korporat ‘Jelajah PAAB Prihatin’ selama dua hari yang bermula semalam.

Pengerusi PAAB Datuk Seri Diraja Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata program tersebut diadakan sebagai tanda prihatin untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

“Ini merupakan sebahagian inisiatif PAAB untuk mendekati masyarakat Orang Asli di luar bandar di negeri ini selain membantu ibu bapa membuat persiapan sekolah anak-anak pada tahun depan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian program tersebut oleh Pengerusi Jawatanakuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Perak Datuk Saarani Mohamad.

Sementara itu, Saarani berkata kerajaan Perak sedang mengenal pasti tanah seluas kira-kira 400 hektar untuk dibangunkan sebagai projek ladang rakyat di RPS Kampung Orang Asli Air Banun.

Katanya projek itu akan dilaksanakan dengan tanaman kelapa sawit untuk meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli.


Menurut Saarani, sebelum ini kerajaan negeri telah meluluskan satu kawasan sesuai tetapi projek itu terpaksa ditangguhkan apabila Jabatan Perhutanan mendapati ia merupakan kawasan tanah tinggi dan menjadi kawasan tadahan air.

“Kita sedang mencari tanah yang sesuai sebelum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perhutanan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Kerajaan negeri tidak melupakan projek itu bagi memberikan peluang ekonomi kepada masyarakat Orang Asli,” katanya. Saarani berkata pembangunan ladang itu membuktikan kerajaan tidak melupakan masyarakat Orang Asli dan turut membela nasib mereka seperti kaum lain di negara ini. -BERNAMA

Kategori