Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Bogel Di Kota...

China - Beberapa keping gambar bogel yang dirakamkan di Kota Larangan di sini...

Isteri Rakam Saat Dia...

MENAKUTKAN... Seorang wanita, Willyene Mathias sempat merakamkan saat kematian di tangan suami sendiri...

LGBT: Jangan Terpengaruh Amalan...

KOTA BHARU - PAS mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan gaya hidup...

Jabatan Imigresen Sarawak Tahan...

KUCHING - Jabatan Imigresen Sarawak (JIS) berjaya menangkap 1,562 pendatang asing tanpa izin...

Agong Kurnia Watikah Lantik Ketua Perwakilan Malaysia

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini mengurniakan watikah pelantikan kepada sembilan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara.

Mendahului senarai penerima watikah pelantikan ialah Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia sejak Januari 2016, Jojie Samuel MC Samuel yang akan bertugas sebagai Duta Besar ke Thailand.

Jojie Samuel, 53, pernah menjadi Duta Malaysia di Cuba selain bertugas di Austria,Turki, Iraq dan Kanada.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Datuk Ganeson Sivagurunathan, 49, pula dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Austria. Beliau sebelum ini pernah menjadi duta besar di Chile selain berkhidmat di Amerika Syarikat dan Papua New Guinea.

Pada majlis yang berlangsung di Istana Negara itu, Duta Besar Malaysia di Senegal sejak 2014, Sharrina Abdullah, 47, menerima watikah​ ​​​​​​pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland.

Selain itu, Pegawai Khas Menteri Luar sejak 2007, Abdul Malik Melvin Castelino, 49, dilantik sebagai Duta besar Malaysia ke Itali. Beliau pernah bertugas di United Kingdom dan Nigeria.

Malaysia akan mempunyai duta baharu di Qatar iaitu Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, 54, yang merupakan Duta Besar di Poland sejak 2016. Beliau sebelum ini pernah bertugas di Australia, Emiriah Arab Bersatu, Cuba dan Chile.

Watikah pelantikan itu turut disampaikan kepada Setiausaha Bahagian, Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Luar sejak 2015, Ikram Mohd Ibrahim, 47, yang akan menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan. Beliau pernah berkhidmat di Amerika Syarikat dan Belgium.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan, Kementerian Luar Dr Shazelina Zainul Abidin, 45, dilantik menjadi Duta Besar ke Senegal. Beliau pernah berkhidmat di Amerika Syarikat.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah, Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar sejak 2014, Astanah Banu Shri Abdul Aziz, 46, dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Maghribi. Beliau pernah bertugas di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Perancis.

Sultan Muhammad V turut menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Inspektorat, Kementerian Luar sejak 2014, Nur Izzah Wong Mee Choo, 48, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand. Beliau sebelum inipernah bertugas di China.

Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan menerima watikah pelantikan 10 ketua perwakilan asing ke negara ini.

Mereka ialah Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Oman), Nurudeen Muhammed (Nigeria), Ramzia Diab Ghanim (Gambia), Nikoloz Apkhazava (Georgia) dan Julia Greenwoood Bentley (Kanada).

Yang lain ialah Slobodan Marinkovic (Serbia), Fransisco Assis Morais E Cunha Vaz Patto (Portugal), Cristiano Maggipinto (Itali), Mauricio Gonzalez Lopez (Colombia) dan Samali Dorothy Hyuha (Uganda). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

Kategori