Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hotel Tawar Katil Berkonsepkan...

LONDON - Sebuah hotel butik di sini menawarkan bilik tidur berkonsepkan rahim ibu...

Terdapat Peniaga Di Temerloh...

TEMERLOH - Kerajaan negeri kesal dengan tindakan segelintir peniaga di daerah ini yang...

Badan Peguam Saman PDRM,...

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),...

PM Hadir Mesyuarat Khas...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menghadiri perjumpaan...

Air Pasang Besar Akibatkan Banjir Termenung

KOTA BHARU – Air pasang besar yang dijangka berlaku antara 2 dan 6 Dis ini boleh menyebabkan penduduk di sekitar tebing Sungai Golok di Tumpat berdepan dengan ‘banjir termenung’.

Banjir termenung merujuk kepada keadaan air yang tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke dalam saliran dan bertakung untuk satu tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha berkata pihaknya menjangkakan banjir termenung itu berlaku selama dua minggu.

“Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini ialah 10.66 meter dan banjir akan reda jika paras air surut bawah 9.5 meter (paras bahaya 9 meter).


“Beberapa anak sungai di sebelah Selatan Thailand juga akan mengalir ke Sungai Golok dan sudah pasti memberi kesan kepada kawasan tebing sungai berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi Banjir JPS Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata banjir termenung itu dijangka melibatkan kawasan seluas 77 kilometer persegi di jajahan Tumpat. – BERNAMA

Kategori