KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) mahu meningkatkan kesedaran mengenai celik kewangan, terutama dalam kalangan golongan dewasa muda, bagi mengelakkan mereka berhutang.
Pengurus Besar Bahagian Operasi Nor Fazleen Zakaria memberitahu Bernama, sudah ada minat dalam kalangan orang ramai mengenainya.
“Namun, bagi setiap produk kewangan, ada unsur berbeza yang AKPK, sebuah agensi yang membantu memberi nasihat percuma kepada orang ramai, perlu memberi penjelasan kepada para pengguna, sebagai contoh dalam bidang sewa beli, penggunaan kad kredit dan lain-lain.
“Bagi sewa beli, kadar faedah adalah pada kadar rata sehingga lebih sembilan tahun, dan agak tinggi. Selepas lima tahun, sudah menjadi kelaziman rakyat Malaysia mahu menukar kereta yang lebih baik.
“Bagaimanapun, nilai kereta menyusut selepas lima tahun dan pada masa itu baki belum dijelaskan dengan bank masih banyak,” katanya.
Nor Fazleen berkata jika pengguna tidak tahu haknya, dia mungkin terperangkap dalam masalah hutang.
“Begitu juga dengan kad kredit. Apa yang kita mahu didik ialah mereka boleh memiliki beberapa (kad kredit) tetapi tidak terlalu banyak, (dan kita) harus membayar lima peratus penuh (caj) memandangkan kadar faedahnya sangat tinggi pada 18 peratus , dan jika anda tidak menguruskan, ia akan meningkat dan berkumpul,” katanya.
Nor Fazleen berkata rakyat Malaysia perlu sedar bahawa AKPK membantu dan memberi nasihat kepada pengguna secara percuma.
“Kaunselor kami memberi nasihat. Namun ada pihak tertentu yang bukan dari AKPK yang mendakwa mereka adalah ejen kami. Ia merupakan penipuan.
“Anggota bukan AKPK mendakwa mereka boleh memberi kadar faedah yang lebih rendah dan akan menggunakan kad kredit anda dan mengambil bayaran daripadanya (caj nasihat).
“Perlu ada kesedaran kerana sesetengah rakyat Malaysia mahu ( menjadi jalan keluar yang) dan tidak menyusahkan diri dengan mempercayai ejen pihak ketiga ini,” kata Nor Fazleen.
Beliau berkata mereka yang memerlukan bantuan hanya perlu membuat panggilan, mengunjungi pejabat AKPK atau mengakses Portal AKPK.
AKPK telah menyelesaikan 14,973 kes melibatkan RM600.6 juta antara 2006 dan 31 Oktober 2017 dan telah memberi nasihat kepada lebih 648,295 kes, dengan penyertaan 203,079 individu dalam Program Pengurusan Hutang yang bermatlamat membantu mereka mendapatkan semula kawalan diri ke atas kewangan mereka. -BERNAMA