Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Ditemui Mati...

KEMAMAN - Seorang pengawal keselamatan di sebuah bekas kilang membuat papan lapis di...

Brunei Terbit Mata Wang...

BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei mula menerbitkan mata wang khas B$50 di...

Jamal Yunos Nafi Marah...

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

FGV Laksana Langkah Sewajarnya...

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd memberi komitmen yang tinggi serta mengambil langkah...

AKSEM Rampas Tenggiling, Sisik Tenggiling

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) mematahkan cubaan menyeludup 55 bungkusan berisi tenggiling dan lima bungkusan sisik tenggiling yang kesemuanya bernilai RM170,000 dekat sini petang ini.

Komander AKSEM Kedah Abd Latif Abd Rahman berkata, kesemua rampasan berkenaan ditemukan dalam but sebuah kereta Toyota Altis milik seorang lelaki warga Thailand berusia 45 tahun dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 1.3 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) pada 2.30 petang.

“Lima bungkusan sisik tenggiling dengan anggaran berat keseluruhan berjumlah 25 kilogram itu dipercayai digunakan untuk tujuan kosmetik dan perubatan tradisi di China.

Kita percaya kesemua tenggiling berkenaan lebih daripada 55 ekor kerana terdapat satu dua bungkusan yang ada anak tenggiling di dalamnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, suspek yang kali pertama ditahan kerana melakukan aktiviti tersebut mengambil upah untuk menyeludup tenggiling berkenaan yang dipercayai dibawa masuk dari Indonesia dan menjadikan Kedah lokasi transit sebelum diseludup ke Thailand.


“Tenggiling ini mendapat permintaan tinggi dan biasanya ianya ditransit di Thailand terlebih dahulu sebelum diseludup ke China pula yang banyak menggunakan sisik tenggiling untuk pelbagai tujuan,” katanya.

Kesemua rampasan dan individu yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori