KALAU jeruk masam bertapai
Elok diperuk tepi pantai
Perangai buruk nak tunjuk pandai
Ibarat beruk mengajar tupai
Barangkali, inilah pantun mesra yang sesuai untuk menggambarkan status artis jualan murah Bigo yang cuba menyindir Perdana Menteri kerana tidak melawat banjir di Pulau Pinang.
Artis yang pernah menjual ‘betik’ secara percuma di Bigo Live beberapa bulan lalu, telah menyindir PM dalam status twitnya pada 6 November lepas.
Sudah bengap kerana tidak faham antara istilah Presiden dan Perdana Menteri, bintang aksi lucah Bigo ini macam sengaja pula hendak menjadi attention seeker.
Apabila sudah tidak laku lagi di pasaran dan mulai terabai umpama sampah, maka apakah yang sampah dapat lakukan?
Sampah pastinya hanya mempu menyebarkan bau busuk.
Masalahnya, bukankah bau busuk hasil aksi menari lucah dan menayangkan buah dada di aplikasi Bigo jelas menunjukkan tahap akhlak anda tidak melayakkan anda bercakap soal-soal moral dalam politik?
Ia akan jadi janggal. Demokrasi membenarkan setiap orang bersuara. Tetapi moral akan mengukur dari mana asal suara yang berbunyi.
Kalau suaranya datang dari orang yang sesuka hati melakukan aksi lucah secara live di Bigo, ia mencetuskan rasa loya dan mual. Orang akan berkata: “Apa hal minah ni? Tak sedar diri ka?”
Itu hukum karma dalam kitab sosial. Penjual maruah jarang dapat dimaafkan dengan mudah. Sekali pun dengan rasa kasihan setelah mendengar pengucapan bodohnya mengenai politik!
Berhentilah mencipta masalah. Baiki diri. Beruk memang pandai memanjat, tetapi bukan guru untuk mengajar tupai melompat. – MYNEWSHUB.CC