Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hujan 1 Jam, Georgetown...

Hujan lebat yang melanda Lintang Sungai Ara 15, Georgetown, Pulau Pinang tengah hari...

Malaysia Tak Hasrat Bawa...

SYDNEY - Malaysia tidak berhasrat untuk membawa pulang jenazah ketua militan Daesh Asia...

Ibu Bapa Perlu Ambil...

PUTRAJAYA - Ibu bapa perlu tegas dengan anak remaja serta sentiasa ambil tahu...

Ahli Parlimen Kalabakan Cadang...

TAWAU - Kemudahan trek berbasikal dicadang dibina di sekitar bandar ini bagi memberi...

Anak Diarah Ibu Jadi ‘Pemberat’ Atas Kereta

MADISON, Amerika Syarikat – Seorang wanita ditahan polis selepas dia mengikat anaknya di atas bumbung kereta supaya kanak-kanak itu boleh memegang kolam plastik yang baru dibelinya.

Amber Schmunk memberitahu polis, dia baru membeli sebuah kolam plastik tetapi ia tidak muat di dalam keretanya.

Wanita itu kemudiannya menyuruh anak lelakinya yang berusia sembilan tahun naik di atas bumbung kereta dan memegang kolam plastik berkenaan.

Orang awam yang terkejut melihat budak lelaki itu di atas kereta segera menghubungi polis.

Ketika ditahan polis, Amber sudah menurunkan anaknya dan memandu ke rumah kakaknya.

Apabila disoal, Amber, 28, mengaku dia menyuruh anaknya duduk di atas bumbung kereta untuk memegang kolam plastik itu.

Katanya, dia berbuat demikian kerana keretanya terlalu kecil untuk memuatkan kolam plastik berkenaan.


Menurutnya, dia juga mengambil langkah keselamatan dengan mengikat anaknya dengan tali di atas bumbung kereta.

Bagaimanapun, polis tidak menghiraukan alasan wanita itu dan menahannya atas tuduhan memandu dengan cuai hingga membahayakan orang lain.

Amber bakal didakwa di mahkamah pada 14 November ini dan berdepan hukuman penjara serta denda sekiranya didapati bersalah. – Agensi/myMetro Online

Kategori