Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tutup 1,000 Kilang Menjelang...

SHANGHAI - Beijing akan menutup 1,000 syarikat perkilangan menjelang 2020 sebagai sebahagian daripada...

VIDEO: Ngeri..Budak Lelaki Dilanggar...

SENTIASA awasilah anak-anak kecil ketika mereka sedang bermain dan kalau boleh elakkan mereka...

Mayat Lelaki Berlumuran Darah...

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di...

Al-Sultan Abdullah Perkukuh Amalan...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal melafaz...

Anak Didakwa Ugut Potong Jari Bapa Kandung

MELAKA — Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mengugut untuk memotong jari bapa kandungnya, bulan lepas.

Randy Gan Choon Shern, 29, didakwa mengugut Gan Kim Seet, 64, dengan mengatakan akan memotong jari tangan warga emas itu hingga mendatangkan ketakutan di sebuah rumah di Taman Desa Peringgit di sini, pada 7.10 petang, 6 Okt lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Norina Maludin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Dis ini untuk sebutan kes dan lantikan peguam.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — BERNAMA

Kategori