Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Bomba KL Perhebat Operasi...

KUALA LUMPUR - Sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Bomba...

Pembeli Kesal Pemaju Gagal...

JOHOR BAHRU - Seramai 982 pembeli rumah pangsapuri di Taman Seri Molek Perdana,...

Inkues Adib: Polis, FRU...

SHAH ALAM - Kegagalan polis dan pasukan simpanan persekutuan (FRU) mengawal serta menyuraikan...

Pengguna Nikmati Pengurangan Harga...

PUTRAJAYA - Pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah kini...

Anggota Esscom Timba Pengalaman Sea Combat

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam perancangan menghantar anggota pasukan keselamatan ke Sri Lanka untuk menimba pengalaman bidang Sea Combat negara itu, pada tahun hadapan.

Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata perancangan itu akan melibatkan kira-kira 15 hingga 20 anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di negeri ini.

“Ia sebagai pendedahan kepada anggota, sekali gus menimba ilmu pertahanan dari Sri Lanka untuk diaplikasikan dalam mengawal selia perairan di Esszone. Kita memilih Sri Lanka disebabkan kemantapan Sea Combatnya yang diiktiraf dunia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat sempena perhimpunan bulanan Esscom di Dewan Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu dekat sini, hari ini.

Beliau berharap perancangan kerjasama antara kedua-dua negara dalam aspek keselamatan yang telah dipersetujui Sri Lanka itu, dapat dijadikan sebagai platform untuk bertukar kaedah berhubung kawalan keselamatan.

Sementara itu, Hazani berkata Esscom akan memperkemaskan latihan khusus serta meningkatkan kesiapsiagaan elemen keselamatan dalam kalangan anggota pasukan menerusi Eksesais Pasak 3.


“Latihan khusus yang mengintegrasikan kerjasama dan kebolehoperasian setiap agensi dalam Esscom itu akan diadakan di Sandakan pada hujung bulan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Hazani turut mengetuai kira-kira 140 anggota Esscom melafazkan ikrar bebas rasuah (IBR) yang disaksikan Ketua Cawangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lahad Datu Wan Kamal Noor Izwan Wan Kamaruddin.

Kesemua anggota Esscom perlu melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diberi selaku penjawat awam dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan, katanya. – BERNAMA

Kategori