Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah...

Ayam, Kucing Habis Dimandi...

KUALA TERENGGANU - “Tidak kisah pandangan orang, paling penting aktiviti memandikan haiwan ini...

PDRM Aktifkan Bilik Gerakan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan bilik gerakan khas di...

KPDNKK Lahad Datu Rampas...

LAHAD DATU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu...

Anifah Ke Brunei Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-21

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan lawatan kerja ke Brunei Darussalam yang antara lain bagi membincangkan persiapan menghadapi Rundingan Pemimpin Tahunan ke-21 antara Malaysia dan Brunei.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata rundingan tersebut yang dijadualkan pada 23 Nov melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut kenyataan itu, Anifah yang dijadual bertemu Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua Datuk Seri Setia Lim Jock Seng akan turut membincangkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

“Lawatan Menteri Luar ini akan membuka peluang untuk kedua-dua pihak meneroka inisiatif-inisiatif baharu bertujuan meningkatkan tahap perdagangan dua hala dan seterusnya melonjakkan hubungan persaudaraan yang sedia kukuh dan istimewa antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata Anifah turut dijadualkan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah ketika lawatan itu. – BERNAMA

Kategori