PUTRAJAYA — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di Wisma Putra di sini.
Pertemuan itu diadakan bersempena lawatan rasmi dua hari Sheikh Abdullah Zayed ke Malaysia bermula semalam.
Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, lawatan itu memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan saling bertukar pendapat mengenai isu-isu bersama.
Malaysia menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan UAE.
Pada 2016, UAE merupakan rakan dagang utama bagi Malaysia di rantau Asia Barat dengan jumlah perdagangan sebanyak RM22.27 bilion.
Bagi Januari hingga September 2017, jumlah perdagangan dua hala mencatatkan peningkatan sebanyak 24 peratus kepada RM19.98 bilion berbanding RM16.11 bilion bagi tempoh sama pada 2016. — BERNAMA