Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saya Masih Lagi Bergelar...

WALAUPUN terdapat desas-desus yang mengatakan Lynn sudah bercerai, namun dakwaan itu telah disangkal...

Tentera Lancar Rampasan Kuasa...

ANKARA - Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa di negara ini pada Jumaat, dengan...

Denggi: Seorang Anak Meninggal...

KUALA TERENGGANU - Ibu kepada kanak-kanak perempuan enam tahun yang meninggal dunia akibat...

Pelik Tapi Benar, Ikan...

PENDUDUK Michigan, Amerika Syarikat gempar apabila beberapa kaki pancing berjaya menangkap sejenis ikan...

APMM Bantu Bawa Dua Calon Duduki SPM

BESUT – Dua pelajar perempuan yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke tanah besar menerusi bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata kedua-dua calon terbabit merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, di sini.

“APMM yang berpengkalan di Tok Bali, Kelantan akan membawa dua pelajar itu ke sekolah mereka di Kuala Besut, ekoran tiada bot yang dapat membawa mereka kerana ombak besar,” katanya kepada Bernama.

Siti Nur Atiqah Azman, 17, dan Nor Fadilah Mohd Zaki, 17 telah pulang ke rumah masing-masing pada Khamis lalu dan perlu menduduki kertas Ekonomi Asas esok.


Tengku Zaihan berkata keadaan cuaca serta ombak besar menyukarkan bot biasa beroperasi seperti biasa dan keadaan sedemikian bukan sahaja menyukarkan pelajar terbabit tetapi juga penduduk lain. – BERNAMA

Kategori