Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pusat Transit Beri Harapan...

KUALA LUMPUR - Bagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Zali, 38, yang tidur...

Mustafa Ketuai Misi Dagangan...

NEW DELHI – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengetuai...

F1 Singapura: Warga Britain...

SINGAPURA - Seorang lelaki Britain yang melintas litar lumba ketika Perlumbaan Formula Satu...

Polis Tahan Peguam Ugut...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan kes berhubung dakwaan...

Arab Saudi Arah Rakyat Tinggalkan Lubnan

RIYADH – Arab Saudi menggesa rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin beberapa hari selepas Perdana Menteri, Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatan ketika melawat negara itu.

Agensi berita Saudi Press memetik sumber kementerian luar meminta agar rakyatnya tidak mengunjungi negara itu tanpa menjelaskan butiran ancaman.

“Kerajaan meminta warga Arab Saudi yang mengunjungi atau menetap di Lubnan agar meninggalkan negara itu secepat mungkin dan tidak mengunjungi negara itu, kerana keadaan politiknya,” kata sumber itu.

Pada 4 November lalu, Hariri mengumumkan peletakan jawatan menerusi televisyen dari Arab Saudi dengan mendedahkan ‘cengkaman’ Iran terhadap Lubnan dan mengancam hidupnya.

Pengumuman mengejut itu membangkitkan kebimbangan Lubnan bakal berpecah kepada dua kem saingan yang diketuai Hariri dan pergerakan Hizbullah yang disokong Iran yang dikhuatiri boleh mencetuskan keganasan.


Akhbar rasmi negara Teluk melaporkan, Hariri yang juga memegang kewarganegaraan Arab Saudi bersama-sama isteri dan anak-anaknya menetap di negara itu dan menghadap Raja Salman kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE). – AFP/BH ONBLINE

Kategori