Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Didakwa Kemuka...

SEREMBAN - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Wanita Mengandung Sejak Tahun...

India – Seorang wanita yang berusia 62 tahun, menjadi wanita paling lama mengandung...

Pemakaian Pelitup Muka Masih...

PETALING JAYA- Orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup...

Tunang Enggan Komen Aksi...

“MAAF saya tidak mahu komen berkenaan isu itu. Terima kasih sebab memahami,” kata...

Arab Saudi Rancang Keluarkan Visa Pelancongan

ISLAMABAD – Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan visa pelancong “tidak lama lagi”, untuk menarik pelawat antarabangsa dalam usaha membaik pulih ekonomi negara yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Memandangkan kerajaan berusaha untuk mengurangkan pergantungan terhadap sektor minyak, pelancongan dilihat sebagai industri utama sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.

“Visa pelancong akan diperkenalkan tidak lama lagi,” ketua pihak berkuasa pelancongan Arab Saudi Putera Sultan bin Salman bin Abdul Aziz.

Selain jutaan umat Islam mengunjungi Arab Saudi pada setiap musim haji, kebanyakan pelawat berdepan kerumitan mendapatkan visa selain bayaran terlalu tinggi.


Kenyataan Putera Sultan itu dikeluarkan menjelang konvensyen arkeologi pertama Arab Saudi di Riyadh minggu depan memandangkan kerajaan berusaha mempamerkan warisan sejarah negara tersebut.

Pada Ogos, Putera Mahkota Mohammed Salman mengumumkan projek pelancongan besar untuk menjadikan 50 pulau dan kawasan di Laut Merah sebagai resort mewah. – BERNAMA

Kategori