ARSENE Wenger dilapor sedang menyiapkan bidaan untuk mendapatkan pengganti Alexis Sanchez pada jendela pemindahan Januari ini.
Jurulatih kelahiran Perancis itu dilapor mahukan khidmat Wilfried Zaha yang kini merupakan penyerang Crystal Palace.
Bagaimanapun, Zaha dikhuatiri tidak mampu menggalaskan tanggungjawab yang ditinggalkan Sanchez.
Zaha, 25, menyertai Crystal Palace dari Manchester United selepas aksinya tidak menarik perhatian jurulatih kelab berkenaan.
Bagaimanapun dia berjaya menjadi pemain penting di kelab baru tu sehingga menarik perhatian Wenger.
Arsenal sedia membuat membida sebanyak £35 juta untuk Zaha selepas menjual Sanchez dengan harga lebih tinggi. – mStar Online