Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sarawak Anjur Sukan Perpaduan...

KUCHING: Sukan Perpaduan 2023 antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Belia,...

Neymar Boleh Bermain Menentang...

PENGURUS Paris Saint-Germain, Unai Emery menolak laporan bahawa Neymar akan menjalani pembedahan di...

VIDEO: Sedangkan Kelawar Pun...

KELAWAR mempunyai reputasi buruk sebagai haiwan yang lazimnya diasosiasikan dengan Drakula dan sifatnya...

CSM Penuhi Impian Kanak-Kanak...

ALOR SETAR - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Cancers Survivors Malaysia (CSM) hari...

“Arwah Suka Bergurau Dan Sangat Manja”

JEMPOL – “Arwah selalu bergurau dengan abangnya dan sangat manja dengan ibunya. Tidak sangka itu petanda dia pergi buat selama-lamanya,” kata Md Nasir Jamaludin, 55, bapa kepada mangsa lemas di kolam tadahan di Kampung Padang Lalang, di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohamad Solehuddin, 6, dan kakaknya, Ainnur Batrisyah, 10, ditemukan lemas dipercayai tergelincir ke dalam kolam tadahan terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Dia berkata kedua-dua anaknya pergi ke kolam itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka untuk memancing ikan kerana pada sebelah paginya, ibu mereka, Suhaini Nasuha, 37, memberitahu telah mendapat ikan di kolam itu.

“Mereka begitu bersemangat untuk memancing…selesai sahaja menunaikan solat asar, mereka berdua terus berlari ke kolam tersebut.

“Saya hanya duduk di beranda depan rumah untuk berehat dan sejam kemudian saya pergi ke kolam berkenaan tetapi hanya nampak selipar mereka sahaja,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas pengebumian dua beradik itu.

Mayat Ainnur Batrisyah ditemukan pada pukul 6.20 petang manakala Mohamad Solehudin, lima minit kemudian. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Kedua-dua mangsa merupakan anak kedua dan bongsu kepada pasangan Md Nasir dan Suhaini, manakala anak sulung mereka yang berusia 13 tahun sedang belajar di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau.


Dua beradik itu dikebumikan di liang lahad berasingan di Tanah Perkuburan Padang Lalang, dekat sini kira-kira pukul 1.02 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Muhd Nur Hishamudin Hashim mengesahkan menerima laporan kes mati lemas itu.

“Sepasukan anggota telah pergi ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori