Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Alami Radang...

IPOH - Seorang pekerja sebuah kilang memproses bahan kimia di sini disahkan mengalami...

Big Bad Wolf 2014...

BERITA gembira buat anda si pencinta buku - karnival jualan buku terbesar Big...

KPDNKK Johor Rampas LPG...

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri (KPDNKK) Johor...

GAMBAR: Elfira Tampil Berhijab...

PELAKON comel Elfira Loy kini sudah mengikut jejak Rozita Che Wan yang sudah berhijab sepenuhnya?BACA: Alhamdulilah.. Rozita...

Austria’s Next Top Model Dikecam Suruh Peserta Bogel

VIENNA – Program televisyen Austria’s Next Top Model telah dikecam ramai selepas peserta pertandingan itu diberikan tugas mencabar, iaitu mereka perlu berbogel di depan kamera.

Peserta perlu berposing telanjang bersama-sama model lelaki dengan masa yang diberikan ialah 15 minit.

Seramai lapan peserta finalis dirakamkan gambar bogel itu oleh jurugambar terkenal, Katrin Schöning.

Bagaimanapun seorang peserta, Thersea Steinkellner, 21, menangis selepas disuruh untuk berbogel.

Manakala seorang lagi model, Sanda Gutic, 23, terpaksa dipujuk selepas tamat penggambaran.

Ia menyebabkan program realiti itu menerima kecaman ramai dengan model berkenaan diselar sebagai bodoh kerana sanggup berbogel semata-mata untuk menjadi popular.


“Sangat sedih melihat wanita muda ini yang sanggup melakukan apa sahaja. Sangat menjijikkan…. menyuruh model ini melakukan perkara ini. Memiliki badan yang cantik tapi terpaksa berbogel.

“Lima tahun akan datang, mereka akan menangis mengenangkan bagaimana lelaki ambil kesempatan dengan mempergunakan badan mereka, bodoh!’’ itu antara kecaman yang diterima di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori