Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

HKK 2022 Sasar RM10...

KUALA LUMPUR : Seramai 300 usahawan dan komuniti kraf dari seluruh negara menjayakan...

Keseronokan Main Dengan Kelah...

KUALA BERANG - Harga sekilo ikan ini yang masih hidup boleh mencecah sehingga...

Makin Ramai Rakyat Jepun...

SERIUS... Ikeida meninggalkan rumah sekali setiap tiga hari untuk beli makanan agar dapat...

Sony Sedang Uji Jam...

Sony merupakan salah satu syarikat gergasi elektronik yang sedang melakukan beberapa perubahan pada...

Azharina Ditipu Syarikat Ejen Pembantu Rumah

MENGUPAH orang gaji atau amah untuk menguruskan rumah memang berisiko tinggi terutamanya berkenaan isu keselamatan dan kepercayaan terhadap pembantu rumah tersebut.

Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan khidmat agensi untuk mendapatkan pembantu rumah kerana dirasai lebih selamat dan mudah.

Malangnya, bukan semua bernasib baik mendapat ejen yang bagus. Penyanyi Azharina Azhar turut menjadi mangsa apabila dia mendakwa telah ditipu oleh sebuah syarikat ejen pembantu rumah.

Khabarnya, penyanyi lagu Elegi Sepi ini mengalami kerugian sebanyak RM6,000 akibat pembantu rumahnya tidak kembali bekerja sejak 31 Oktober lalu.

“Saya membayar RM4,940 kepada syarikat berkenaan bagi tempoh dua tahun pembantu rumah itu bekerja. Saya juga menandatangani kontrak disediakan.

“Saya juga sudah membayar RM700 untuk kontrak dan RM900 sebagai gaji permulaan pembantu rumah itu,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Juara Gegar Vaganza ke-3 ini, pembantu rumah yang berusia 54 tahun itu baharu sahaja memulakan perkhidmatannya sejak 26 September lalu.

Namun, sebulan kemudian, pembantunya itu meminta cuti kepada pengurusnya untuk pulang ke kampung asalnya di Pasir Gudang, Johor atas urusan keluarga.

“Atas dasar perikemanusiaan, saya bersetuju memberikannya cuti. Malangnya, sehingga semalam (kelmarin) dia tidak muncul. Saya cuba menghubungi nombor telefonnya, tetapi gagal.

“Saya menghubungi anaknya pula dan bertanyakan mengenai ibunya. Menerusi perbualan kami, anaknya berjanji untuk memaklumkan perkara ini kepada ibunya. Sehingga semalam (kelmarin) tidak ada jawapan diberikan. Jadi, saya beranggapan ini permainan syarikat itu,” katanya.


Malangnya, sehingga kini, wanita tersebut masih tidak munculkan diri dan menyebabkan Azharina bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara, Puchong.

Dalam pada itu, Azharina menyatakan yang pihaknya gagal menghubungi syarikat berkenaan kerana nombor telefonnya telah ditamatkan perkhidmatan.

“Ini bukan kali pertama saya terkena. Sebelum ini, saya rugi RM2,000 apabila pembantu rumah warga asing yang diambil dari sebuah agensi melarikan diri selepas kurang sejam berada di rumah.

“Jadi, apabila berlaku perkara ini, naluri saya kuat mengatakan wujud sindiket penipuan membabitkan syarikat ini,” ujarnya.

Menurut penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, dia masih menyimpan kesemua resit dan surat perjanjian serta maklumat perribadi wanita itu.

Jadi, seharusnya mereka tidak sepatutnya menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan.

Laporan polis yang dibuat juga untuk memberi peringatan kepada syarikat-syarikat lain kerana pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap isu ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori