Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyokong Arsenal Biarkan Stadium...

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menyuarakan kebimbangan tentang kesungguhan penyokong skuad itu kerana ribuan...

Bekas ADUN Labu Meninggal...

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Datuk Muhamad Shahlan Shaid, 69, meninggal...

Jose Mourinho Tabik Pogba

MANCHESTER, United Kingdom - Manchester United sepatutnya menang lebih selesa ke atas Everton...

MCA Dedah Kanak-Kanak Pinjam...

PETALING JAYA - Veteran MCA memberi amaran mengenai permainan judi atas talian, mengatakan...

Azizulhasni Gagal Ke Final Keirin Piala Dunia

KUALA LUMPUR – Pelumbal trek elit negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal mara ke peringkat akhir pada siri kedua Kejohanan Piala Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Manchester, England, pada lewat Ahad (awal Isnin waktu Malaysia).

Pelumba CIMB Pro Cycling Team itu sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 12 pelumba pada aksi separuh akhir dengan catatan masa 10.785s, demikian menurut laman sesawang UCI; www.uci.ch.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula gagal melangkah ke pusingan kedua setelah menduduki tempat ketiga pada saringan ketiga pusingan pertama pada kejohanan yang berlangsung di HSBC United Kingdom National Cycling Centre.

Hanya dua pelumba terbaik daripada setiap empat saringan, layak secara automatik ke pusingan kedua.

Pelumba Belanda, Matthijs Buchli meraih pingat emas, disusuli pelumba Ukraine, Andrii Vynokurov dengan pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Serpanyol, Juan Peralta Gascon.

Azizulhasni, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, bagaimanapun berpuas hati dengan pencapaian yang dilakar di Manchester serta siri pertama di Pruszkov, Poland, minggu lepas walaupun gagal meraih kedudukan podium.

“Dengan kecederaan buku lali saya yang dialami ketika kemalangan di Poland, saya masih berjaya meneruskan perjuangan saya di Manchester dengan keputusan yang amat memuaskan walaupun tidak dapat menaiki podium.


“Secara peribadi, saya merasakan ini adalah permulaan baik bagi saya sebelum menghadapi Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia pada awal tahun 2018,” kata Azizulhasni menerusi laman Instagramnya; @azizulawangofficial.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, bagaimanapun, mengakui masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam tempoh dua bulan sekembalinya beliau ke Melbourne, Australia.

“Ini termasuk juga persediaan fizikal, taktikal dan mental bagi menghadapi pencabar yang terdiri daripada pelumba-pelumba terbaik dunia.

“Saya dan rakan sepasukan CIMB Pro Cycling Team, Fatehah Mustapa akan terus mempertingkatkan usaha untuk mendapatkan momentum sebelum Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia nanti,” jelas Azizulhasni yang turut berterima kasih kepada CIMB, jurulatih peribadinya John Beasley serta Institut Sukan Negara yang banyak memberikan bantuan kepadanya selama ini. – BERNAMA

Kategori