Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pendigitalan Mahkamah, Mudahkan Proses...

KUALA LUMPUR - Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi...

Harimau Malaya Tagih Sokongan...

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias percaya sokongan padu penyokong...

Pemaju Melaka Gateway Tuntut...

KUALA LUMPUR - Pemaju pelabuhan laut dalam Melaka Gateway, KAJ Development Bhd. mencabar...

Cadangan Wujudkan Jabatan Media...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) akan mempertimbang cadangan mewujudkan Jabatan Media...

Baju Warna Kulit Dikecam, Mira Filzah Tak Kisah

BARU-BARU ini pelakon Mira Filzah teruk dihentam apabila busana yang digayakan dalam acara berprestij Anugerah Skrin 2017 dikatakan tidak sesuai dengan imejnya sebagai gadis berhijab.

Pakaian rekaan Syamil Fazwa itu dilihat menyerlahkan warna kulit sehingga ada pihak mendakwa kononnya baju yang dipakai oleh Mira boleh mengundang fitnah.

Walaupun dihujani pelbagai kritikan dan kecaman, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badiozaman mengakui tidak berkecil hati dengan tohmahan negatif  berkenaan.

Menurut pelakon berusia 24 tahun ini, dia faham apabila bergelar anak seni terdapat pelbagai dugaan dan pancaroba yang perlu ditempuh.

Bukan itu sahaja, malah apa sahaja tingkah laku dan gerak geri yang dipersembahkan pada mata dunia pasti akan menjadi perhatian.

“Mereka akan berminat untuk memberi komen. Cuma, apabila komen itu lebih ke arah kecaman dan negatif, saya tidak mahu ambil pusing.

“Apatah lagi hendak berasa kecil hati kerana saya sedar zaman sekarang memang netizen sangat aktif memberi komen di laman sosial,” katanya memetik Harian Metro.

Jelasnya lagi, pakaian yang disarungkan ketika menghadiri majlis anugerah itu sebenarnya masih lagi menepati ciri-ciri terbaik buat gadis muslimah.

“Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa.


“Malah, baju itu juga saya gayakan dengan palazzo dan tudung pun masih dipakai labuh menutup bahagian dada,” jelas heroin drama Cinta Si Wedding Planner ini.

Dalam pada itu, Mira berkata selepas ini dia akan lebih bersikap hati-hati dalam pemilihan warna untuk setiap rekaan pakaiannya terutama ketika menghadiri majlis besar seperti itu.

“Saya tetap menerima komen segelintir netizen yang tidak mengecam tetapi berkongsi pendapat peribadi mereka yang boleh saya guna pakai pada masa depan.

“Saya juga akan berusaha memperbaiki kelemahan itu dan pada masa sama akan lebih berhati-hati,” tambahnya.

Adatlah tu kan kalau dah jadi artis ada saja yang jadi perhatian pejuang-pejuang papan kekunci.

Haaa..yang si netizen tu pun kalau nak tegur biarlah beragak sikit. Tak salah menegur tapi biar dengan cara berhemah ye huhu… – MYNEWSHUB/AM

Kategori