Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kluster Sivagangga Kemungkinan Besar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji sama ada kluster Sivagangga di...

Abu Talib Dilantik Sebagai...

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman, dilantik sebagai...

Dua Maut, Dua Cedera...

ALOR SETAR – Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan...

Seluar Dalam Silika Boleh...

DEDAH... Gelagat spontan Datuk Seri Ahmad Said (BN-Kijal) menyatakan seluar dalam daripada silika...

Bah: Ambil Langkah Keselamatan Elak Nahas Elektrik

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Tenaga mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah keselamatan semasa dan selepas banjir bagi mengelakkan kemalangan elektrik memandangkan air adalah pengalir elektrik.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini berkata pengguna perlu mengamalkan langkah keselamatan asas biasa seperti tidak memetik suis dengan tangan basah dan menghidupkan peralatan elektrik dengan soket yang basah.

Menurutnya pengguna juga tidak boleh memetik suis semasa berdiri di dalam air atau kaki tidak berlapik getah atau menggunakan peralatan yang telah dimasuki air banjir.

“Jika air banjir memasuki rumah, jangan masuk ke dalam bilik yang terdapat peralatan elektik yang belum dicabut dari soket. Elakkan juga menghampiri bilik yang terdapat percikan api daripada peralatan atau pendawaian,” menurutnya.

Bagi langkah keselamatan di luar rumah, katanya orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air serta mengalih atau membaiki tiang elektrik yang tumbang, putus atau jatuh.

Suruhanjaya Tenaga berkata pengguna juga dinasihatkan tidak menguji talian elektrik yang putus sama ada ia masih hidup atau tidak serta tidak memijak atau memandu di atas lopak air berhampiran talian elektrik putus atau jatuh.
“Anggap semua peralatan elektrik masih hidup dan berbahaya,” katanya.


Bagi keadaan selepas banjir surut pula, katanya orang ramai dinasihatkan merujuk kepada pihak utiliti untuk mengetahui status penyambungan bekalan elektrik.

“Sekiranya bekalan masih belum disambung, pastikan suis utama di papan agihan ditutup sebelum membersihkan peralatan elektrik atau pendawaian rumah untuk mengelakkan renjatan apabila pihak utiliti menyambung semula bekalan,” katanya.

Suruhanjaya itu berkata peralatan elektrik juga perlu dikeringkan, dibaiki dan diuji keselamatannya oleh juruelektrik bertauliah sebelum digunakan.

Selain itu, katanya pendawaian dan dawai pembumian rumah juga perlu diperiksa, dibaiki dan diuji oleh kontraktor elektrik dan disahkan selamat oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebelum menghidupkan semula suis utama pada papan agihan. – BERNAMA

Kategori