Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Hadir Majlis Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin...

Sanusi Ejek TMJ, Pemuda...

JOHOR BAHRU – Gara-gara ‘kenakalan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md....

Carian Shopee Meningkat Sempena...

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang, Shopee, mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus dalam carian...

Bayi Dikelar Ibu Selamat...

TUMPAT - Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik di sini...

Banjir: IADA Perlu RM1.5j Selenggara 7 Rumah Pam

PASIR PUTEH – Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak memerlukan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tujuh rumah pam bagi mengurangkan risiko banjir di Pasir Puteh dan Bachok tahun ini.

Pengarahnya Nik Hamadi Nik Abdullah berkata sebelum ini, pihaknya telah menyelenggara sembilan rumah pam bagi mengurangkan ancaman bencana itu kepada penduduk di dua jajahan berkenaan.

“Penyelenggaraan itu mampu menyelamatkan harta-benda serta tanaman penduduk daripada musnah dilanda banjir.

“Bagaimanapun, kita yakin ancaman banjir di Pasir Puteh tidak seburuk tahun lepas kecuali paras air laut naik di luar jangkaan yang boleh menyebabkan air dari darat tidak dapat dialirkan ke Laut China Selatan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tahun lepas, Pasir Puteh dilanda banjir paling teruk kerana beberapa rumah pam tidak dapat beroperasi dengan sempurna selain pertembungan antara air laut dan darat akibat hujan lebat.


Dalam pada itu, Nik Hamadi berkata tiga pintu kawalan air pasang surut di Gong Kulim dan Kampung Lembah di sini serta satu di Pengkalan Petah, Bachok sudah pun beroperasi.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau paras semasa air sungai dan laut sepanjang musim tengkujuh ini. – BERNAMA

Kategori